CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 17, 2010

9 : semalam

semalam,
awak datang rumah.
datang jumpa saya,
kita senyum-senyum,
kita main mata

semalam,
saya penat sangat
tapi awak datang tolong.
sampai awak pun pedih mata
semua tu si bawang punya kerja

semalam,
kita makan sama.
tapi saya ambil karipap saja.
awak tolong suap saya.
ambil air untuk saya.

semalam,
kita gembira.
saya suka tengok awak ketawa
tapi kenapa sekejap saja

semalam,
awak marah saya.
saya tahu salah saya.
tapi bukan niat saya dan awak pun tahu kenapa

semalam,
hari yang malang untuk saya.
saya pun tak tahu kenapa
sebab saya dah wat yang terbaik rasanya.
dan saya sedih fikirkannya

semalam,
awak diam saja.
hari ni pun begitu juga
awak tak rindu saya?

2 nota kecil:

hana yoriee

ala..comel je poem ni..tp sabar ye..gado2 manje sesekali..saya dh email awk harga upah jahit tu tau.. =)

miss nona

hye hana!thanks ek.saya dh dpt email.
huhu..tgh sabarla ni hana.tp xdela saba sgt sbb saya dh mngamok2.haha

Post a Comment